ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

01 Februari 2011

Ummu Jah, Banglo & Parlimen Roh

Minggu lepas isu nih amat hangat di dada akhbar..
Tetapi minggu ini langsung senyap...
Sedikit jawapan mengenai isu2 di atas yang ana cilok kat sebuah laman blog..
Tuan blog..pinjam yer...

Isu Banglo
Sewa Qas RSA yang diuruskan GISB tersebut adalah SR340,000 setahun bukan SR240,000 seperti yang dilaporkan. Ada 4 floor. Dilengkapi kolam renang, gym dan fitness, sauna, meeting room, bilik tamu ‘Arab Style’ (julus Arabi), lengkap dengan lift muat untuk 8 orang dewasa,

Di lantai 3, terletak surau dengan karpet hijau tebal yang indah, garajnya ada kenderaan rasmi Nissan Armada 4800cc (dibeli secara ‘cash’), tamannya dilengkapi buaian, papan gelongsor, wakaf dll

Isu Parlimen Roh
Parlimen Roh ialah satu aktiviti oleh para BOD dan Ibu bagi syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd untuk 2 tujuan.
1.Memotivasikan roh-roh semua staf GISB agar disucikan daripada nafsu berdasarkan firman Allah: “Beruntunglah orang-orang yang mensucikan hati mereka.”
2.Menanamkan iman kepada alam ghaib. Sebab Allah mengatakan: “Sesungguhnya akhirat itu lebih baik dan lebih kekal (daripada dunia).”

Alam ghaib itu diciptakan oleh Allah sebagai tempat tinggal para malaikat,roh-roh para nabi dan roh-roh suci orang-orang Allah yang mereka itu hidup di sana.

Oleh kerana Allah menjanjikan kepada pejuang-pejuang Islam bantuan dari alam ghaib,maka PR berusaha merealitikannya yakni sepertimana pejuang-pejuang Islam dahulu banyak mendapat bantuan dari alam ghaib.

Maka GISB juga mencuba agar ia juga berlaku dalam Syarikat ini. Contohnya, Tabung Taqwa itu ialah hasil mengusahakan taqwa kepada Allah. Yang mana Allah memberi rezki dari sumber yang tidak diduga melalui perniagaan-perniagaan GISB.


Ummu Jah lari & bersembunyi di Mekah
Setau aku, Ummu tak sembunyi pun. Sepupu Ummu yang bukan staf GISB dah datang ziarah Ummu di Mekah. Siap bawak kawan-kawan dia lagi yang sama-sama buat haji. Bukan orang biasa, seorang tu SU sulit 1 MB Perak. Seorang tu, kalau tak silap aku, Imam Masjid Putra Jaya dll. Ada ke orang sembunyi, pastu bawak orang datang tunjuk tempat dia sembunyi?

Jiran-jiran di kalangan orang Saudi dan lain-lain ramai dah datang rumah ‘persembunyian’ tu. Dari jaga-jaga berbangsa Sudan, imam Saudi, pegawai Polis (Saudi), tukang jahit langsir berbangsa Myanmar, isteri Menteri Awqaf Jordan.

klik untuk maklumat lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan